Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/66954
Title: ‘Adapun’ dalam Taj Al Salatin
Authors: Nor Diyana, Saupi
Mohammad Fadzeli, Jaafar
Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA
Pusat Literasi dan Transformasi Sosiobudaya, Universiti Kebangsaan Malaysia
diyana_saupi@uitm.edu.my
Keywords: Penanda wacana
Manuskrip Melayu lama
‘Adapun’
Kelas kata
Adverb
Issue Date: 2019
Publisher: Penerbit UniMAP (UniMAP Press)
Citation: Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa, Budaya dan Nusantara (SUTERA 2019), pages 15-25.
Abstract: Makalah ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan penanda wacana adapun yang terdapat di dalam manuskrip Melayu lama Taj Al Salatin hasil karya Bukhari Al Jauhari. Teks ini telah dihasilkan pada abad ke-16 semasa pemerintahan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1590-1604) dengan tujuan untuk membantu baginda memerintah kerajaan Acheh dengan baik berteraskan ajaran agama Islam. Perbincangan tertumpu kepada penghuraian tentang penggunaan kata wacana adapun yang bertindak sebagai penanda wacana yang hadir di pangkal ayat dan kelas kata yang hadir selepasnya. Selain itu, makalah ini juga berhasrat untuk menjelaskan fungsi kata wacana adapun yang hadir di tengah ayat. Analisis makalah ini direalisasikan dengan menggunakan 74 data yang dijana daripada Malay Concordance Project (MCP). Kerangka yang mendasari kajian ini ialah Teori Fungsional-Sistemik sebagaimana yang dicadangkan oleh Halliday dan Hasan (1995 Kajian ini dilihat berpotensi dalam membuka satu lembaran baru kepada penyelidikan dalam struktur nahuan dengan menggunakan data manuskrip Melayu lama
Description: Link to publisher homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/index.php/my/
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/66954
ISBN: 978-967-0922-79-9 (online)
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Adapun dalam Taj Al Salatin.pdfAbstract412.35 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.