Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/66084
Title: Pendapatan bulanan graduan mengikut peringkat pengajian dan jenis IPT, 2018
Authors: Malaysia, Kementerian Pendidikan
Keywords: Kementerian Pendidikan Malaysia
Malaysia -- Graduate – Statistics
Graduate students -- Employment -- Malaysia
Graduate students -- Employement -- Research
Pendapatan bulanan -- Graduan 2018 -- Peringkat pengajian
Pendapatan bulanan -- Graduan 2018 -- Jenis IPT
Issue Date: 2019
Publisher: Kementerian Pendidikan Malaysia
Citation: 1p. : ill., col.
Series/Report no.: Laporan Kajian Pengesanan Graduan, 2018;
Abstract: Sebanyak 59.6 peratus graduan Ph.D 2018 berada dalam kumpulan pendapatan RM5001 – RM10,000, diikuti 12.7 peratus dalam kumpulan pendapatan RM4001 – RM5000, kumpulan pendapatan RM1001 – RM2000 (7.6 peratus) dan sebanyak 7.2 peratus dalam kumpulan pendapatan RM3001 – RM4000. Begitu juga bagi graduan Ph.D UA, IPTS dan IPT lain, peratus tertinggi berada dalam kumpulan pendapatan RM5001 – RM10,000. Bagi graduan sarjana, peratus tertinggi juga berada dalam kumpulan pendapatan RM5001 – RM10,000, iaitu 31.3 peratus, diikuti 18.3 peratus dalam kumpulan pendapatan RM4001 – RM5000. Sebanyak 35.3 peratus graduan sarjana IPTS dan 30.4 peratus sarjana UA berada dalam kumpulan pendapatan RM5001 – RM10,000. Dua (2) kelompok terbesar graduan ijazah pertama berada dalam kumpulan pendapatan RM1001 – RM2000 (46.2 peratus) dan 37.4 peratus dalam kumpulan pendapatan RM2001 – RM3000. Bagi graduan ijazah pertama IPTS, peratus tertinggi berada dalam kumpulan pendapatan RM2001 – RM3000, iaitu 48.5 peratus. Bagi graduan UA pula peratus terbesar, iaitu 55.3 peratus berada dalam kumpulan pendapatan RM1001 – RM2000. Sebahagian besar graduan diploma juga berpendapatan RM1001 – RM2000, iaitu 68.0 peratus, diikuti 18.8 peratus berada dalam kumpulan pendapatan RM1000 dan ke bawah, dan sebanyak 10.7 peratus dalam kumpulan pendapatan RM2001 – RM3000. Pendapatan graduan diploma mengikut setiap IPT juga mengikut corak keseluruhan, iaitu peratus tertinggi berada dalam kumpulan pendapatan RM1001 – RM2000. Secara keseluruhannya, 61.9 peratus graduan sijil berada dalam pendapatan RM1001 – RM2000. Graduan sijil UA mempunyai peratus pendapatan tertinggi dalam kumpulan RM2001 – RM3000 dan RM3001 – RM4000, iaitu masing-masing sebanyak 47.4 peratus dan 26.3 peratus.
Description: Link to publisher homepage at https://www.moe.gov.my
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/66084
ISSN: 2180 - 1800
Appears in Collections:Malaysian Statistical Information

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
4.5.pdfInfographic content149.6 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.