Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/63083
Title: Konsep Kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka
Other Titles: The Concept of Sovereignty in Hukum Kanun Melaka
Authors: Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain
Anisah, Che Ngah
Mohamed Anwar, Omar Din
Keywords: Kedaulatan
Kerangka konsep kedaulatan
Hukum Kanun Melaka
Perlembagaan bertulis Tanah Melayu
Kesultanan Melayu Melaka
Issue Date: 2018
Publisher: UKM Press
Citation: Jurnal Undang-undang dan Masyarakat (JUUM), vol.22, 2018, pages 61-73
Abstract: Kedaulatan merupakan aspek utama yang mencorakkan prinsip perlembagaan sesebuah kerajaan. Menurut Wan Ahmad Fauzi, kerangka konsep kedaulatan itu terdiri daripada sumber kedaulatan dan ciri-ciri kedaulatan. Menurut sejarah, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Tanah Melayu kerana ia dikuatkuasakan oleh Kesultanan Melayu Melaka seawal tahun 1424. Artikel ini bertujuan untuk menyoroti konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka menerusi tiga aspek iaitu konsep kedaulatannya, prinsip perlembagaannya dan legitimasinya. Perbincangan di atas amat mustahak kerana ia mempunyai pertalian erat dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini menggunakan metode sejarah undang-undang. Dapatan menunjukkan bahawa kedaulatan dalam kerangka undang-undang Hukum Kanun Melaka adalah bersumberkan ajaran Islam berserta pengaruh adat Melayu. Ia bukan sahaja terakam dalam pelbagai peruntukan di dalamnya, bahkan diperkukuhkan melalui amalan dalam prinsip undang-undang dan sistem politiknya. Tafsiran konsep kedaulatan amat penting kerana ia menentukan dasar-dasar yang sah bagi sebuah kerajaan merdeka. Akhirnya, ia bergantung kepada bagaimana kedaulatan undang-undang itu ditakrifkan.
Description: Link to publisher's homepage at http://ejournal.ukm.my/juum
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/63083
ISSN: 1394-7729
Appears in Collections:Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Datuk Dr.

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konsep Kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka.pdfAccess is limited to UniMAP community.366.63 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.