Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/61641
Title: Tahap Perkembangan Motor Kasar dalam Kalangan Murid Orang Asli di Kelantan dan Johor
Authors: Asraff, Ariff
Halijah, Ibrahim
rizal_um86@yahoo.com
Keywords: Kemahiran motor kasar
Kemahiran lokomotor
Kemahiran manipulatif
Test of Gross Motor Development-2 (TGMD-2)
Kanak-kanak Orang Asli
Issue Date: 2019
Publisher: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia
Citation: Movement, Health & Exercise (MoHE), vol.8(2), 2019, pages 99-105
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak orang asli yang berumur sepuluh tahun di negeri kelantan dan juga Johor dengan menggunakan kaedah Test of Gross Motor Development-2 (TGMD-2). Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan 80 orang subjek (Kelantan:40, Johor:40) yang berumur sepuluh tahun. Ujian TGMD-2 telah dijalankan untuk mengukur tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak Orang Asli bagi kemahiran lokomotor dan manipulatif. Skor yang diperolehi ditranskripkan bagi mendapatkan skor GMDQ. Skor-skor ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0 bagi membandingkan min pencapaian motor kasar kanak-kanak Orang Asli di dua negeri yang terlibat. Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi GMDQ kanak-kanak Orang Asli yang berumur sepuluh tahun di Kelantan dan johor [F (78) = 2.55, p> .05]. Kajian menunjukkan subjek Tahun Empat di Kelantan mengalami masalah yang sangat ketara berbanding Johor dalam tiga pembolehubah utama kajian iaitu skor piawai lokomotor (SPL), skor piawai manipulatif (SPM) dan skor tahap perkembangan motor kasar (GMDQ). Kumpulan ini juga mengalami kelewatan ketara sebanyak 3.59 tahun dalam skor kesetaraan umur lokomotor (AEL) dan skor kesetaraan umur manipulatif (AEM) sebanyak 4.76 tahun berbanding umur asal. Ini menunjukan walaupun kanak-kanak Orang Asli mempunyai tahap kecergasan yang baik namun tahap perkembangan motor kasar mereka masih lagi pada tahap yang lemah. Dicadangkan pada masa akan datang satu pendekatan yang baru dapat dilaksanakan supaya perkembangan motor kasar murid-murid Orang Asli berkembang dengan baik mengikut umur kronologi.
Description: Link to publisher's homepage at http://www.mohejournal.com/index.php/mohe
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/61641
ISSN: 2231-9409 (Print)
2600-9404 (Online)
Appears in Collections:Movement, Health and Exercise (MoHE)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap perkembangan motor kasar dalam kalangan murid orang asli di.pdf544.2 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.