Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/54715
Title: Pemodelan Maklumat Bangunan : Aplikasi dan Amalan
Authors: Zul-Atfi, Ismail
Keywords: Publications
Penerbit UniMAP
Pemodelan Maklumat Bangunan
Building Information Modelling (BIM)
Aplikasi
Sistem
Issue Date: 2017
Publisher: Penerbit UniMAP
Citation: 246 halaman, RM 50.00
Abstract: Masalah utama penyelenggaraan bangunan konkrit pra-tuang (KP) adalah tiada integrasi di antara proses pengenalpastian, penilaian, perancangan dan pelaksanaan. Ini mendatangkan masalah di dalam pemindahan maklumat terutama untuk mendapatkan maklumat spesifikasi reka bentuk, sifat atau jenis bahan pembinaan dan rekod pengurusan penyelenggaraan terdahulu. Perkara ini juga menyebabkan perunding atau kontraktor tidak mempunyai pengetahuan dalam menyelesaikan masalah kecacatan yang berkaitan tentang diagnosis, untuk pemulihan kecacatan. Oleh itu, penulisan buku ini adalah untuk memfokuskan kepada ilmu dalam pembangunan sistem yang boleh mengintegrasikan keseluruhan proses dalam pengurusan penyelenggaraan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (CMMS), mengintegrasikan aplikasi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam proses penilaian dan menambah baik proses perancangan dan pelaksanaan penyelenggaraan. Buku ini akan membantu pembaca dalam memahami proses pengurusan dan teknologi penyelenggaraan dalam projek bangunan KP dan menerangkan tentang pelaksanaan teknologi semasa dan potensi untuk melaksanakan teknologi BIM dalam amalan pengurusan penyelenggaraan. Buku ini juga mengenal pasti kepentingan pengurusan penyelenggaraan yang efektif dalam projek bangunan KP dalam usaha untuk pengendalian yang berkesan pada perkhidmatan bangunan yang mengikut masa, bajet (kos) dan kualiti yang ditetapkan.
Description: Books order can be made directly to UniMAP Press, Universiti Malaysia Perlis. (penerbitan@unimap.edu.my / 04 9775159)
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/54715
ISBN: 978-967-0922-40-9
Appears in Collections:Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
BIM.png7.32 MBimage/pngView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.