Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/54712
Title: Kedudukan Wakil Rakyat dalam Sistem Berpalimen di Malaysia
Authors: Malike, Brahim
Keywords: Publications
Penerbit UniMAP
Wakil rakyat
Parlimen
Parlimen Malaysia
Kedudukan
Issue Date: 2018
Publisher: Penerbit UniMAP
Citation: 186 halaman, RM 48.00
Abstract: Peranan wakil rakyat sangat penting dalam negara dan perlu difahami secara mendalam bagi mengelak kekeliruan. Pada asasnya, ia memainkan pelbagai tanggungjawab demi memenuhi kehendak dan tuntutan rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Justeru, wakil rakyat mempunyai banyak komitmen dan urusan pada sesuatu masa. Hal ini belum mengambil kira pelbagai jawatan lain yang dipegangnya dalam agensi-agensi tertentu termasuk badan sukarela. Secara umumnya, aktor politik ini mempunyai kepelbagaian fungsi sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat. Dalam tempoh berkhidmat, wakil rakyat menghadapi pelbagai cabaran berkaitan dengan kepentingan dan keperluan rakyat. Sebarang masalah yang berlaku dalam masyakarat kebiasaannya dirujuk terus kepada wakil rakyat walaupun hal itu sebenarnya di bawah bidang kuasa agensi tertentu dalam kawasan tersebut. Namun, wakil rakyat tetap berusaha menyelesaikannya sebaik mungkin walaupun adakalanya terpaksa mengeluarkan wang dari poket sendiri. Begitu kompleksnya peranan wakil rakyat, di mana dapat dilihat dalam badan perundangan, eksekutif, pengurusan organisasi dan parti politik. Justeru, kepelbagaian fungsi yang dimainkan oleh wakil rakyat boleh dikategorikan kepada peranan parliamentari, konstituensi, dalam parti politik, khidmat sosial dan pengawasan. Dalam masa yang sama, wakil rakyat memainkan peranan sebagai ahli politik, pemimpin, pentadbir dan pengurus. Semua itu adalah intipati buku ini ke arah memahami kedudukan wakil rakyat di Malaysia.
Description: Books order can be made directly to UniMAP Press, Universiti Malaysia Perlis. (penerbitan@unimap.edu.my / 04 9775159)
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/54712
ISBN: 978-967-0922-59-1
Appears in Collections:Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Wakil Rakyat.jpg3.75 MBJPEGView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.