Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/53331
Title: Produktiviti Buruh Suku Ketiga 2017
Authors: Malaysia, Jabatan Perangkaan
mkho@stats.gov.my
Keywords: Produktiviti Buruh -- Suku Ketiga 2017
Produktiviti Buruh Malaysia
Sektor Perlombongan Dan Pengkuarian -- Produktiviti Buruh
Sektor Pembuatan -- Produktiviti Buruh
Mohd Uzir Mahidin, Dato' Sri, Dr.
Issue Date: 27-Nov-2017
Publisher: Jabatan Perangkaan Malaysia
Abstract: Pada suku ketiga 2017, produktiviti buruh Malaysia meningkat 4.2 peratus tahun ke tahun kepada RM82,456 selepas mencatatkan 4.0 peratus (RM79,693) pada suku sebelumnya. Pertumbuhan ini adalah selari dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada 6.2 peratus. Pada masa yang sama, pekerja meningkat 2.0 peratus berbanding 1.8 peratus pada S2 2017. Sektor Pertanian meningkat 5.2 peratus pada RM56,565 daripada negatif 1.2 peratus pada suku sebelumnya. Nilai ditambah sektor ini tumbuh 4.1% (S2 2017: 5.9%) manakala pekerja susut 1.1 peratus (S2 2017: 7.2%). Produktiviti buruh sektor Perlombongan dan Pengkuarian mencatatkan nilai RM999,423 pada S3 2017. Pertumbuhan produktiviti buruh sektor ini terus jatuh kepada negatif 8.5 peratus (S2 2017: -3.3%). Pertumbuhan produktiviti buruh sektor Pembuatan meningkat kepada 5.1 peratus (RM112,205) daripada 4.3 peratus pada S2 2017. Pertumbuhan nilai ditambah berkembang kukuh pada 7.0 peratus (S2 2017: 6.0%) sementara pekerja meningkat sedikit sebanyak 1.7 peratus (S2 2017: 1.6 peratus). Produktiviti sektor Pembinaan meningkat sebanyak 4.8 peratus (S2 2017: 8.7%) dengan nilai RM44,011 berikutan prestasi yang lebih perlahan dalam nilai ditambah pada 6.1 peratus (S2 2017: 8.3%). Sektor Perkhidmatan merekodkan pertumbuhan produktiviti buruh 3.7 peratus (RM73,384) berbanding 5.2 peratus pada suku sebelumnya. Dari segi nilai ditambah, sektor ini berkembang 6.6 peratus (S2 2017: 6.3%) manakala pekerja meningkat 2.7 peratus (S2 2017: 1.1%).
Description: Link to publisher homepage at https://www.dosm.gov.my
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/53331
Appears in Collections:Malaysian Statistical Information

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Statistik 1.pdf970.2 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.