Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/49419
Title: Belajar Secara Kreatif
Authors: Mustafa, Daud
Noormaizatul Akmar, Ishak
Mohd. Fisol, Osman
Hanum, Hassan
Keywords: Publications
Penerbit UniMAP
Motivation in education
Learning, Psychology of
Issue Date: 2008
Publisher: Penerbit UniMAP
Citation: 75 halaman, RM30.00
Abstract: Buku belajar secara kreatif ini memberi keperluan kepada pelajar tentang bagaimana belajar secara kreatif terutamanya bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Bukannya mudah untuk merealisasikan cita-cita menjadi kenyataan iaitu untuk menggenggam ijazah terutamanya dalam bidan sains, teknikal dan kejuruteraan. Kemahiran mengambil nota kuliah, menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan adalah penting dalam pembelajaran berkesan. Setiap pelajar perlu membuat persiapan dan persediaan yang rapi lebih awal agar apa yang dikejar akan tercapai. Sudah tentu beban tugas terhadap pembelajaran seperti mengikuti kuliah, latihan amali di makmal, kerja kursus, aktiviti ko-kurikulum dan persatuan memerlukan seseorang pelajar itu membuat perancangan masa dan mempelbagaikan kaedah belajar. Buku ini secara khusus mengetengahkan elemen pembelajaran yang berkesan seperti pengurusan masa, kemahiran generik, dan kemahiran membuat peta minda yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pembelajaran semasa di universiti. Panduan-panduan ini depat memudahkan penguasaan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran dan menimbulkan keseronokan ketika belajar. Kebanyakkan teknik-teknik yang diketengahkan ini juga merupakan yang terkini dalam proses pembelajaran berkesan dan terbukti dapat membantu pelajar menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Adalah diharapkan agar buku belajar secara kreatif ini sedikit sebanyak dapat membantu dan membuka minda para pelajar agar mereka bersikap lebih kreatif dan terbuka dalam proses pembelajaran mereka, bukan hanya semata-mata bergantung kepada apa yang diajar dan diberikan oleh pensyarah sahaja.
Description: Books order can be made directly to UniMAP Press, Universiti Malaysia Perlis. (penerbitan@unimap.edu.my / 04 9775159)
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/49419
ISBN: 978-98342371-9-6
Appears in Collections:Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Belajar-Secara-Kreatif.jpg95.48 kBJPEGView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.