Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/49322
Title: Pengenalan Kepada Pemprosesan Fizikal Mineral
Authors: Shahrizam, Saad
Faizul, Che Pa
Abdullah, Chik
Mohamed Faisal, Mohamed Noor
Keywords: Publications
Penerbit UniMAP
Mineral processing
Pemprosesan mineral
Issue Date: 2013
Publisher: Penerbit UniMAP
Citation: 120 halaman, RM41.00
Abstract: Umum mengetahui kepentingan mineral dan logam dalam kehidupan manusia seharian. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mempunyai pemahaman jelas berkaitan dengan pemprosesan peringkat awal bahan ini. Situasi ini mengilhamkan para penulis buku ini untuk menghasilkan buku Pengenalan Kepada Pemprosesan Fizikal Mineral . Objektif utama penulisan buku ini adalah untuk memperbanyakkan bahan rujukan berkaitan pemprosesan mineral dalam medium Bahasa Melayu bagi kegunaan para pelajar dan masyarakat secara amnya. Pemprosesan mineral adalah satu kaedah yang digunakan untuk pengekstrakan bijih bagi mendapatkan mineral atau logam berharga yang dikenali sebagai konsentrat. Bermula daripada aktiviti perlombongan, bijih yang dilombong seterusnya akan menjalani beberapa peringkat proses untuk memisahkan konsentrat daripada mineral reja. Antara proses-proses yang terlibat adalah proses pengurangan saiz atau kominusi yang melibatkan proses penghancuran dan pengisaran. Proses penyaringan dan pengelasan pula bertujuan untuk mendapatkan taburan saiz yang dikehendaki untuk proses-proses seterusnya. Proses pemisahan konsentrat pula bergantung kepada ciri-ciri fizikal mineral seperti garviti tentu, kekonduksian dan magnetik manakala pemisahan yang bergantung kepada ciri-ciri kimia permukaan mineral pula adalah melibatkan proses pengapungan. Konsentrat yang terhasil daripada proses yang melibatkan pemisahan menggunakan medium air seterusnya akan menjalani proses penyahairan bagi menyingkirkan kandungan kelembapan konsentrat sebelum dihantar kepada pelebur untuk tujuan peleburan.
Description: Books order can be made directly to UniMAP Press, Universiti Malaysia Perlis. (penerbitan@unimap.edu.my / 04 9775159)
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/49322
ISBN: 978-967-5415-64-7
Appears in Collections:Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mineral.jpg76.22 kBJPEGView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.