Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/48984
Title: Penulisan Media Massa
Authors: Faridah, Ibrahim
Normah, Mustaffa
Mohd Rajib, Ab Ghani
Keywords: Publications
Penerbit UniMAP
Penulisan
Media massa
Kewartawanan
Penulisan kewartawanan
Issue Date: 2016
Publisher: Penerbit UniMAP
Citation: 322 halaman, RM58.00
Abstract: Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘pena itu lebih tajam daripada mata pedang’. Bukankah ini menunjukkan betapa pentingnya penulisan terutama dalam bidang kewartawanan yang sentiasa dihujani dengan maklumat setiap hari. Penulisan kewartawanan inilah yang akan dirungkai dalam buku Penulisan Media Massa. Bakat penulisan perlu diasah mengikut teknik-teknik tertentu, hari demi hari sehingga sebati dengan kehidupan seorang wartawan. Penulisan buku ini adalah antara sebilangan kecil buku mengenai kewartawanan di peringkat tempatan. Bahan rujukan mengenai kewartawanan telah banyak dihasilkan di luar negara, namun buku ini merupakan usaha penulisan tempatan yang menggabungkan ilmu teori dan praktis melalui penyelidikan saintifik dan pengaplikasian pengalaman profesional. Maklumat dalam buku ini adalah komprehensif dan menyeluruh serta mencakupi pelbagai topik penting dalam kewartawanan. Buku ini juga melihat beberapa aspek penulisan dan penyuntingan yang membabitkan bidang kewartawanan media cetak, siaran dan dalam talian (online). Selain itu, ia juga menyentuh soal etika, profesionalisme, undang-undang media serta prinsip kewartawanan yang mementingkan soal sumber berita dan kredibiliti. Maklumat mengenai grafik visual yang menyerlahkan penyampaian berita juga turut dibincangkan. Bahan-bahan yang disampaikan adalah hasil garapan teori dan pengalaman profesional yang dilalui oleh para penulis dalam bidang kewartawanan.
Description: Books order can be made directly to UniMAP Press, Universiti Malaysia Perlis. (penerbitan@unimap.edu.my / 04 9775159)
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/48984
ISBN: 978-967-0922-19-5
Appears in Collections:Books

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penulisan Media.jpg157.64 kBJPEGView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.