Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/37428
Title: Faktor kejayaan yang kritikal (CSF) terhadap perlaksanaan TSM dalam industri pembuatan di Malaysia
Authors: Syed Abdul Hamid, Syed Hassan
tsahamid@yahoo.com
Keywords: TSM
CSF
PKK
KKP
Industri pembuatan
Issue Date: 1-Dec-2009
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p.179-183
Series/Report no.: Proceeding of the National Symposium on Advancements in Ergonomics and Safety (ERGOSYM2009);
Abstract: Sistem keselamatan yang efektif amat penting untuk memastikan sesebuah organisasi kekal berdaya saing dengan ertikata dapat menepati masa respons, menjimatkan kos dan meningkatkan imej syarikat tanpa masalah keselamatan dan kesihatan yang timbul dalam syarikat. Pengurusan keselamatan menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) merupakan satu sistem pengurusan alternatif yang dapat membantu majikan dalam membuat sebarang keputusan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Namun, kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti faktor kejayaan yang kritikal atau Critical Success Factor (CSF) bagi menjayakan perlaksanaan TSM dalam organisasi. Kajian soalselidik telah dibuat terhadap 237 orang pakar KKP dari industri pembuatan yang terdapat di seluruh negeri di Malaysia. Sebanyak enam (6) faktor atau CSF telah dikenalpasti melalui kajian literatur. Objektif kajian bermula dengan menentukan sejauhmana kepentingan faktor kejayaan yang kritikal atau critical success factor (CSF) dalam TSM, mengenalpasti faktor yang menjadi penyumbang utama kepada daya saing dan mengenalpasti kolerasi di antara CSF Keputusan kajian menunjukkan TSM berpotensi besar menyumbang kepada daya saing, kesemua faktor amat penting dalam menjayakan TSM sama ada sebagai faktor utama atau faktor sokongan. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (PKK) merupakan faktor penyumbang utama kepada daya saing sementara lain-lain faktor merupakan penyokong kepada PKK semasa perlaksanaan TSM. Oleh itu TSM boleh dilaksanakan dengan jayanya terutama bagi industri pembuatan yang menggajikan PKK dalam organisasi mereka.
Description: National Symposium on Advancements in Ergonomics and Safety (ERGOSYM2009), 1st – 2nd December 2009, Perlis, Malaysia
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/37428
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Paper 38.pdf98.57 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.