Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/37423
Title: Amalan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) dalam industri pembuatan di Malaysia
Authors: Syed Abdul Hamid, Syed Hassan
Rozlina, Md Sirat
Mat Rebi, Abdul Rani
Kuan Yew, Wong
tsahamid@yahoo.com
Keywords: TSM
KKP
CSF
PKK
Daya saing
Industri pembuatan
Issue Date: 1-Dec-2009
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p.151-154
Series/Report no.: Proceeding of the National Symposium on Advancements in Ergonomics and Safety (ERGOSYM2009);
Abstract: Sistem Pengurusan Keselamatan Menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) merupakan konsep pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) alternatif yang baru diperkenalkan dan mula diamalkan dalam industri pembuatan di Malaysia. Umumnya majoriti (63%) pihak industri di Malaysia mengamalkan sistem berasaskan konvensional iaitu berteraskan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) dan amat sedikit (8%) yang mendakwa mereka telah mengamalkan TSM. Sedangkan TSM adalah pengurusan berasaskan kesedaran semua pihak dilihat sebagai satu keperluan bagi memastikan syarikat pembuatan kekal bersaing dalam dunia globalisasi. Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang dibuat terhadap 237 buah syarikat pembuatan yang mewakili seluruh negeri di Malaysia di mana hampir separuh industri (41.8%) menyatakan amat minat untuk melaksanakan TSM di tempat kerja mereka. Objektif kajian bermula dengan menentukan sejauhmana amalan terhadap faktor kejayaan yang kritikal atau critical success factor (CSF) dalam TSM, mengenalpasti faktor yang menjadi penyumbang utama kepada daya saing dan mengenalpasti kolerasi di antara CSF. Keputusan kajian menunjukkan faktor kritikal dalam TSM telah diamalkan pada tahap “memuaskan” dan “sederhana memuaskan”. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (PKK) terbukti merupakan faktor pendorong utama kepada kejayaan pengamalan TSM yang berdaya saing sementara lain-lain faktor merupakan faktor penyokong kepada PKK semasa perlaksanaan TSM. Hasil kajian juga menunjukkan faktor PKK telah menyumbang sebanyak 12% kepada daya saing hasil sokongan lain-lain faktor (CSF).
Description: National Symposium on Advancements in Ergonomics and Safety (ERGOSYM2009), 1st – 2nd December 2009, Perlis, Malaysia
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/37423
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Paper 33.pdf78.11 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.