Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/35709
Title: Industri gula dan implikasi sosial dan ekonomi masyarakat Perlis, satu tinjauan sejarah, 1970-1990
Authors: Norhudi’in, Danu
norhudin@unimap.edu.my
Keywords: Industri gula
Sosial dan ekonomi
Perlis
Felda
Perlis Plantation Berhad
Issue Date: Jun-2014
Publisher: Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UniMAP
Citation: p.143-156
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) II, Seminar raja dan kerajaan Perlis;
Abstract: Dalam sejarah perkembangan industri gula negara, Perlis merupakan sebuah negeri yang telah menempa nama dalam usaha memajukan industri gula Malaysia. Usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan memberi kuasa dan kepercayaan kepada Federal Land Development Authority (FELDA) dan bekerjasama dengan Perlis Plantation Berhad (PPB) merupakan satu tindakan ideal. Ini amat bersesuaian dengan keperluan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat pada ketika itu. Kajian ini memberi tumpuannya kepada sejarah perkembangan industri gula dan sumbangan DEB dalam memacu kemajuan industri gula Malaysia. Analisis mengenai kesan industri gula terhadap sosial dan ekonomi Perlis telah dirungkai secara terperinci melalui kajian ini. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk Kajian Perpustakaan. Industri gula yang telah dibangunkan oleh pihak FELDA melalui rancangan pembangunan luar bandar dengan usahasama Perlis Plantation Berhad (PPB) secara amnya telah berjaya membawa industri ini kepada sebuah industri yang sangat penting kepada masyarakat Perlis. Tambahan lagi melalui hasil campurtangan pihak kerajaan melalui dasar-dasar yang telah digubal bagi memastikan hak rakyat terus terpelihara sebaiknya. Kombinasi mantap ini telah memberi implikasi positif kepada perkembangan sosioekonomi masyarakat tempatan.
Description: Seminar Institusi Raja (SIRaj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, 12hb hingga 13hb Jun 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis bertempat di Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra.
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/35709
Appears in Collections:Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Siraj_II_11_143-156.pdf309.91 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.