Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/35701
Title: Warisan adat istiadat sambutan hari keputeraan Raja Perlis: antara budaya dan agama
Authors: Mohd Nizam, Sahad
Shurairimi, Abdullah
Jamsari, Jamaluddin
Suhaila, Abdullah
nizamsahad@usm.my
shuhairimi@unimap.edu.my
jamsari@unimap.edu.my
alia@usm.my
Keywords: Adat istiadat
Budaya
Agama
Istana
Raja Perlis
Issue Date: Jun-2014
Publisher: Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UniMAP
Citation: p.1-30
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) II, Seminar raja dan kerajaan Perlis;
Abstract: Warisan adat istiadat istana dipelihara oleh pihak istana dan dipraktiskan mengikut prosedur dan protokol tertentu. Adat istiadat istana ini melambangkan status kebesaran dan kedaulatan Raja dalam hubungannya dengan rakyat jelata. Sungguhpun hubungan raja dan rakyat dikatakan rapat, namun tidak semua perkara tentang raja dapat dimaklumi dan didekati oleh rakyat lantaran terdapat tatacara dan protokol rasmi pada kehidupan raja di istana. Hal ini termasuklah adat istiadat dan sambutan hari keputeraan raja, hari pertabalan, kemangkatan raja dan sebagainya. Artikel ini cuba menyorot adat istiadat istana Arau dalam sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis dengan tujuan utamanya untuk mengenal pasti warisan adat istiadat istana yang dipraktiskan termasuklah perjalanan keseluruhan majlis, adat semasa di balairong seri dan alat kebesaran diRaja serta pingat dan anugerah yang diberikan supaya menjadi informasi kepada rakyat jelata. Di samping itu, artikel ini juga akan menyorot perihal pengaruh budaya dan agama dalam perjalanan adat istiadat tersebut. Dari sudut metodologi pengumpulan data, kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian perjalanan adat istiadat dan temubual dengan informan berkelayakan dalam hal adat istiadat istana. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh Islam begitu dominan dalam keseluruhan perjalanan adat istiadat hari keputeraan Raja Perlis.
Description: Seminar Institusi Raja (SIRaj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, 12hb hingga 13hb Jun 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis bertempat di Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra.
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/35701
Appears in Collections:Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Siraj_II_1_1-30.pdf3.29 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.