Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/35700
Title: Kepentingan diri dan pengorbanan dalam pembentukan bangsa : satu sorotan psikologi dan pemikiran Istana Melayu
Authors: Mohd Akbal, Abdullah
akbal@uthm.edu.my
Keywords: Pembentukan bangsa
Melayu
Psikologi
Raja-raja Melayu
Issue Date: Jun-2014
Publisher: Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UniMAP
Citation: p.39-45
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) II, Seminar raja dan kerajaan Perlis;
Abstract: Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan perihal tingkahlaku Raja-raja Melayu yang dikatakan mementingkan diri berbanding mengorbankan diri demi kepentingan rakyat. Banyak peristiwa di dalam manuskrip Melayu yang memaparkan gambaran pertentangan antara mencapai kepentingan diri dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan pemerintah. Bagi tujuan tersebut, kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah teks atau historiografi terhadap naskhah Sulalat al-Salatin sebuah naskhah ketatanegaraan Melayu yang bercirikan sejarah. Naskhah tersebut dijadikan rujukan utama bagi menyelami alam psikologi dan pemikiran pengarangnya sewaktu menyusun rentetan kemunculan Raja-raja Melayu di Melaka yang kemudiannya menjadi asa kepada kewujudan dan pengekalan institusi dan perajaan Melayu hari ini. Kajian mendapati kekuatan tradisi perajaan Melayu, alam psikologi dan pemikiran pembesar Melayu, dan kecelaruan generasi berikutnya, menyebabkan penerimaan dan penghayatan kepada peranan serta kewujudan institusi raja semakin samar. Akhirnya, kajian ini boleh menjadi inspirasi kepada penyelidik lain untuk memahani kedudukan institusi dan perajaan Melayu hari ini.
Description: Seminar Institusi Raja (SIRaj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, 12hb hingga 13hb Jun 2013 anjuran Universiti Malaysia Perlis bertempat di Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra.
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/35700
Appears in Collections:Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Siraj_II_3_39-45.pdf211.09 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.