Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/34583
Title: Peranan teori Psikolinguistik dalam pemerkasaan pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia
Authors: Ahmad Hifzurrahman, Ridzuan
Zaliza, Zubir
hifzurahman@unimap.edu.my
zaliza@unimap.edu.my
Keywords: Pemerolehan bahasa
Pembelajaran bahasa
Pembentukan biasaan berbahasa dan kecekapan berbahasa
Issue Date: Feb-2014
Publisher: Universiti Malaysia Perlis
Series/Report no.: Proceeding of Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 14);2014
Abstract: Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalam proses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa. Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan kecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukan biasaan berbahasa. Kertas kerja akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu para pelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap negara, khususnya terhadap pemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmoni dan rakyatnya saling hormat menghormati.
Description: Symposium of International Language & Knowledge (SiLK 2014), 14th-16th Feb 2014 was held at Hydro Hotel, Penang organized by Centre for International Languages, Universiti Malaysia Perlis.
URI: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/34583
Appears in Collections:Centre for International Languages (Articles)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
GENERAL PAPER_2.pdf192.87 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.