Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/30704
Title: Peranan golongan aristokrat dalam menangani masalah keberhutangan petani Melayu 1874-1942
Authors: Ummadevi, a/p Suppiah
Sivachandralingam Sundara Raja, Prof. Madya Dr.
Keywords: Golongan aristokrat
Masalah keberhutangan
Petani Melayu
Orang Melayu
Dasar British
Issue Date: 5-Jun-2013
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 181-195
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
Abstract: Makalah ini akan memperinci peranan golongan aristokrat dalam menangani masalah keberhutangan petani Melayu, 1872-1942. Sejak 1874, golongan aristokrat Melayu kehilangan kuasa politik sebagai pemerintah tradisional disebabkan pentadbir British mengambil alih kuasa pungutan cukai. Hal ini menyebabkan golongan aristokrat kehilangan punca pendapatan dan ikatan dengan rakyat yang digambarkan sebagai hubungan penaung-dinaung. Pentadbiran British memperkenalkan dasar tanah yang membenarkan pemilikan hak milik persendirian (private ownership), perkembangan ekonomi komersial dan pengenalan dasar laissez-faire (perdagangan bebas) yang turut menjejaskan hubungan tradisional antara golongan aristokrat dan rakyat. Perkembangan ini mendorong petani Melayu terpaksa bergantung kepada pentadbir British dan pemodal asing untuk urus niaga tanah dan bantuan kredit. Dalam konteks inilah, muncul pemodal Chettiar yang diberi peluang oleh British untuk memainkan peranan sebagai peminjam wang utama kepada orang Melayu bawahan khususnya golongan petani dan pekebun kecil. Golongan petani Melayu gemar meminjam wang dari Chettiar dengan mencagar tanah dan ini menjadi latar belakang utama kepada masalah keberhutangan petani Melayu dengan Chettiar. Ramai petani Melayu mula kehilangan tanah pada era kemelesetan ekonomi. Masalah keberhutangan petani Melayu dan kehilangan tanah kepada Chettiar menjadi satu agenda utama dalam sesi perbahasan Majlis Raja-Raja Melayu (MRR), Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Kesempatan ini digunakan oleh golongan aristokrat Melayu untuk membahas tentang masalah keberhutangan petani Melayu dalam majlis-majlis tersebut. Kertas kerja ini secara khusus akan memperinci peranan golongan aristokrat Melayu dalam pelaksanaan Enakmen Tanah Simpanan Melayu 1913 dan penubuhan koperasi pada 1920-an untuk menangani masalah keberhutangan orang Melayu.
Description: Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30704
ISBN: 978-967-5415-57-9
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
tajuk 12.pdfAccess is limited to Unimap Community 286.37 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.