Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/30698
Title: Analisis kesantunan berbahasa dalam istiadat pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-14
Authors: Muhammad Saiful, Haq Hussin
Ridzma June
Hafidatulsyafini, Mokhtarudin
Keywords: Kesantunan berbahasa
Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong
Penggunaan kosa kata
Bahasa istana
Bahasa Melayu
Issue Date: 5-Jun-2013
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 215-238
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
Abstract: Kesantunan berbahasa merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang sosiolinguistik. Cabang ilmu ini telah muncul sebagai satu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik bahasa Melayu bermula pada tahun 1950-an lagi. Kesopanan dalam ungkapan menurut Brown dan Levinson (1987), Lintah (1983), dan Ide (1989) adalah sangat penting dalam kehidupan sosial dalam usaha untuk mengelakkan konflik yang mungkin berlaku dalam komunikasi. Namun, kesopanan digunakan berbeza dalam budaya yang berbeza kerana setiap lafaz tidak boleh menjadi selain daripada konteksnya. Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan berbahasa dalam bahasa istana berdasarkan peristiwa bahasa iaitu Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14. Kajian penyelidikan ini memberi tumpuan kepada penggunaan kosa kata-kosa kata bahasa istana yang digunakan dalam istiadat tersebut. Kedua, kajian penyelidikan ini juga menumpukan kepada unsur kesantunan berbahasa berdasarkan penggunaan kosa kata dalam Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 dan ketiga, kajian ini juga menghuraikan unsur kesantunan berbahasa dalam konteks yang sepatutnya yang terdapat dalam istiadat pertabalan tersebut. Bahan atau fokus yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan teks ucapan Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istiadat pertabalan tersebut telah berlangsung dengan penuh adat pada bulan April 2012 yang lalu. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengambil teks istiadat tersebut dengan memberi fokus kepada lima teks utama dalam istiadat tersebut iaitu Surat Pengisytiharan, Warkah Ikrar, teks Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia dari Perdana Menteri Malaysia, teks Titah Diraja dan teks Bacaan Doa. Teks-teks ini diperolehi dari pihak yang berautoriti iaitu Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.Oleh hal yang demikian, dalam kajian penyelidikan ini pengkaji menggunakan gagasan oleh Dell Hymes yang diperkenalkan pada tahun 1974 iaitu dikenali sebagai SPEAKING. Gagasan ini digunakan bagi mengaitkan penggunaan bahasa istana dengan konteks dalam istiadat pertabalan tersebut. Pemilihan teori ini juga adalah berdasarkan kesesuaiannya dengan aspek yang dikaji iaitu tentang kesantunan berbahasa yang dikaitkan dengan peristiwa bahasa yang berlaku. Di akhir kajian ini, pengkaji mengharapkan hasil kajian ini akan dapat membuktikan bahawa aspek kesantunan berbahasa sangat kuat pegangannya dalam penggunaan bahasa istana di negara kita.
Description: Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30698
ISBN: 978-967-5415-57-9
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
tajuk 14.pdfAccess is limited to Unimap Community 356.06 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.