Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/30696
Title: Kajian literasi pelajar IPTA terhadap pemahaman amalan Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia: Satu analisis deskriptif
Authors: Idris, Mohd Noor
Siti Norrafidah, Md. Zin
Dzairi Asrul, Dzainol
Hasnah, Harun
Keywords: Institusi Raja
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Sistem Beraja Berperlembagaan
Malaysia - Sistem pentadbiran
Melayu
Issue Date: 5-Jun-2013
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 171-179
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
Abstract: Sistem pentadbiran negara dunia terbahagi pada raja mutlak, raja berperlembagaan, republik, presidensi dan sistem satu parti. Negara-negara di Asia ini mengamalkan sistem pentadbiran yang diamalkan oleh negara kolonial, sejarah bangsa atau pengaruh sekutunya dari Barat. Malaysia dan Thailand mengamalkan kaedah Raja Berperlembagaan sesuai dengan sekutu British. Negara Indonesia dan Filipina pula mengambil kaedah urus tadbir Belanda, Amerika Syarikat dan Sepanyol iaitu Presidensi. Malaysia terus mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan di mana Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara. Perdana Menteri dan kabinet sebagai badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Kertas ini memberi fokus kepada hasil tinjauan awal tahap literasi atau celik huruf pelajar universiti tempatan terhadap sistem Raja Berperlembagaan. Metodologi kutipan data ialah kaji selidik (survey) yang menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 38 item dikemukakan kepada 347 responden siswa dan data yang dikutip telah dianalisis menggunakan software SPSS. Umumnya, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap literasi dan penerimaan siswa terhadap institusi raja adalah tinggi. Hasil tinjauan ini boleh menjadi tanda aras kepada kepentingan kaedah Raja Berperlembagaan merentasi tempoh masa, benua negara, umur penduduk dan kepelbagaian etnik penduduk.
Description: Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30696
ISBN: 978-967-5415-57-9
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
tajuk 11.pdfAccess is limited to Unimap Community 243.99 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.