Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/30526
Title: Raja sebagai ‘Ulil ‘Amri dan tradisinya di Negeri Perlis: perspektif Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah
Authors: Hazman, Hassan
Mohd Radzi, Othman
Keywords: Ahlis Sunnah Wal Jama’ah
Ulil Amri
Perlis
Islam
Institusi Raja
Melayu
Issue Date: 5-Jun-2013
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 101-135
Series/Report no.: Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
Abstract: Kedatangan Islam ke alam Melayu sesungguhnya telah memperteguh kedaulatan Institusi Raja. Agama Islam yang kekal dianuti oleh bangsa Melayu sehingga ke hari ini mengiktiraf kekuasaan para Raja sebagai juzuk daripada manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah, terutamanya prinsip al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (penolakan). Justeru daripada devaraja, Institusi Raja yang diislamkan telah mengalami transformasi kepada ‘Ulil Amri (pemegang urusan pemerintahan). Di Negeri Perlis, raja-rajanya daripada Dinasti Jamalullail yang dinasabkan kepada Ahl al-Bait Rasulullah Sallallahu ‘Alaihiwas Sallam, tidak terkecuali daripada memiliki tradisi tersendiri dalam pengamalan konsep Raja sebagai ‘Ulil Amri. Unggul dan tersendiri sekiranya dibandingkan dengan pengalaman kerajaan-kerajaan Melayu yang lain, Institusi Raja Negeri Perlis memikul tanggungjawab besar selaku payung negeri pelindung utama kepada manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang bertunjangkan al- Qur’an, bersendikan al-Sunnah dan berpasak kukuh kepada jalan para Sahabat Ridwanullahi ‘Alaihim Ajmain. Justeru kertas kerja ini mempersembahkan sudut pandang manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah terhadap Institusi Raja sebagai ‘Ulil Amri serta pengamalannya di Negeri Perlis.
Description: Seminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30526
ISBN: 978-967-5415-57-9
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
tajuk 8.pdfAccess is limited to UniMAP community478.35 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.