Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/2614
Title: Memperkasa pengajaran matematik selaras dengan perkembangan bidang kejuruteraan
Authors: Mohd Syafarudy Abu
Maz Jamilah Masnan
Thirunanthini Manoharan
Keywords: Kesesuaian sukatan kursus matematik
Mathematics -- Study and teaching (Higher)
Engineering mathematics -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia
Engineering mathematics
Mathematics -- Study and teaching
Issue Date: 5-Jun-2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Series/Report no.: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-16 (SKSM16)
Abstract: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah salah sebuah universiti awam yang berteraskan kepada kejuruteraan elektronik. Terdapat enam belas (16) program akademik yang ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda seperti kejuruteraan mikroelektronik, elektrik, komputer, alam sekitar, bio perubatan hinggalah kejuruteraan polimer yang ditawarkan oleh enam pusat pengajian. Sebagai menyokong fungsi dan tanggungjawab UniMAP di persada pendidikan kejuruteraan negara, Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) yang baru ditubuhkan telah diamanahkan untuk berperanan sebagai institut yang menawrkan kursus-kursus matematik kejuruteraan kepada pelajar-pelajarnya. Matematik merupakan salah satu tunjang kepada bidang kejuruteraan. Menyedari bahawa peranan pengajaran kursus ini amat penting kepada pengajaran kursus-kursus kejuruteraan yang lain, maka kertas kerja ini akan membincangkan beberapa isu yang perlu diberi perhatian oleh para tenaga pengajar. Antara isu yang akan dibincangkan termasuklah isu berkaitan kesesuaian sukatan kursus-kursus matematik yang ditawarkan terhadap sub bidang kejuruteraan supaya sukatan yang ditawarkan seiiring dan bersesuaian dengan keperluan semasa dalam sektor pembangunan dan perindustrian. Selain itu, penerimaan dan pendedahan kefahaman staf akademik terhadap kepekaan dan keperluan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan khususnya dalam pengajaran kuliah dan latihan luar, bertujuan melahirkan jurutera yang celik idea dalam mengendalikan kerjaya mereka pada masa depan.
Description: Organized by Universiti Malaysia Terengganu (UMT) & Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), 3rd - 5th June 2008 at Hotel Renassaince, Kota Bahru, Kelantan.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/2614
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Memperkasa pengajaran matematik.pdfAccess is limited to UniMAP community.446.18 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.