Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/21262
Title: Komunikasi Berimplikatur: Fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu tradisional berdasarkan teks Sejarah Melayu
Authors: Mohd Aris, Anis
Ahmad, Esa
mohdarisanis@yahoo.com
Keywords: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Melayu
Komunikasi berimplikatur
Masyarakat Melayu tradisional
Teks Sejarah Melayu
Issue Date: 29-Mar-2012
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 119-126
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2012
Abstract: Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan seni berbahasa khasnya komunikasi. Walau bagaimanapun kajian mengenai komunikasi berimplikatur amat kurang dijalankan. Penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu telah diamalkan sejak dahulu lagi seperti yang digambarkan dalam teks Sejarah Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meninjau fungsi implikatur dalam komunikasi masyarakat Melayu. Kertas kerja ini akan melihat aspek komunikasi berimplikatur melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan teks Sejarah Melayu bagi mensahihkan pernyataan di atas. Komunikasi berimplikatur yang terdapat dalam teks tersebut akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman dan mengetahui fungsi sebenar penggunaan komunikasi berimplikatur. Kaedah utama penyelidikan yang akan digunakan adalah kaedah analisis kandungan (content analysis method) di mana penyelidik akan menggunakan teks sejarah Melayu sebagai bahan kajian.
Description: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kerajaan Negeri Perlis, 29 - 31 Mac 2012 Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya, Malaysia.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/21262
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KOMUNIKASI BERIMLIKATUR.pdf3.01 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.