Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/21259
Title: Kelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisis
Authors: Shuhairimi, Abdullah
shuhairimi@unimap.edu.my
Keywords: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)
Melayu
Tulisan jawi
Sejarah Melayu
Bahasa Melayu
Globalisasi
Warisan
Issue Date: 29-Mar-2012
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p. 146-151
Series/Report no.: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2012
Abstract: Tulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa, begitu juga peranan pentingnya membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Justeru itu, kebolehan membaca dan menulis jawi juga mempunyai hubungan penting dengan penghayatan terhadap agama Islam. Ini kerana, al-Qu'ran, hadith Nabi, dan kitab-kitab utama agama Islam adalah di dalam jawi. Kegagalan dan kealpaan umat Islam untuk menguasai tulisan jawi dibimbangkan akan menjauhkan mereka dari sumber dan naskhah asal khazanah ilmu hasil karya i1muwan Islam. Begitu juga yang berlaku dalam era globalisasi, didapati sistem tulisan jawi semakin terhakis dan diabaikan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini cuba melihat bagaimana tulisan jawi dapat berfungsi dalam dunia digital maklumat bagi memastikan kelangsungannya sentiasa dapat bertahan dan memenuhi tuntutan semasa sebagai pusaka masyarakat Melayu yang agung. Analisis dilakukan dengan mengambilkira pandangan para saIjana dalam bidang berkaitan dan penulisan-penulisan ilmiah yang sedia ada. Kertas kerja ini mendapati tindakan mempertahankan tulisan jawi daripada pupus adalah satu perjuangan bangsa. lni kerana, tindakan tersebut adalah sebahagian daripada khazanah bangsa yang wajib dikekalkan, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia.
Description: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kerajaan Negeri Perlis, 29 - 31 Mac 2012 Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya, Malaysia.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/21259
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KELANGSUNGAN TULISAN JAWI.pdf2.23 MBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.