Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/13712
Title: Perbandingan jumlah kandungan elektron di atas variasi longitud khatulistiwa dan latitud menggunakan model IRI, NeQuick dan data IONEX
Authors: Mardina, Abdullah, Ir. Assoc. Prof. Dr.
Dayang Azra, Awang Mat
Siti Sarah, Nik Zulkifli
mardina@eng.ukm.my
Keywords: Ionosfera
IONEX
IRI
NeQuick
TEC
Issue Date: Jun-2010
Publisher: The Institution of Engineers, Malaysia
Citation: The Journal of the Institution of Engineers, Malaysia, vol. 71(2), 2010, pages 9-17
Abstract: Pengetahuan mengenai jumlah kandungan elektron (total electron content, TEC) di sesebuah kawasan terutamanya di kawasan khatulistiwa adalah penting bagi pembangunan sistem komunikasi menggunakan lapisan ionosfera. Kajian ini meliputi perbandingan nilai TEC di sepanjang longitud di khatulistiwa dan latitud dengan mengkaji nilai TEC yang dianggarkan oleh model ionosfera iaitu International Reference Ionosphere (IRI) dan NeQuick. Sebagai perbandingan dan rujukan, data-data TEC harian yang diperolehi daripada Centre for Orbit Determination in Europe (CODE) dalam format IONosphere Map Exchange (IONEX) digunakan. Berdasarkan kajian tersebut, didapati nilai TEC yang dianggarkan oleh model IRI dan NeQuick mengalami sama ada terlebih anggar (overestimation) atau terkurang (underestimation) yang disebabkan oleh pengaruh nombor tompok matahari, R12. Keputusan juga menunjukkan nilai TEC mencapai nilai maksima di sekitar kawasan laut yang disebabkan oleh kekurangan data yang diperolehi dari stesen-stesen penerima. Secara keseluruhannya, TEC yang dikira dari IRI, NeQuick dan IONEX menunjukkan corak yang hampir sama. Kajian yang lebih mendalam boleh dilakukan untuk mengkaji permasalahan yang dialami bagi setiap model dengan menggunakan versi baru IRI dan NeQuick yang mengalami pengubahsuaian pada beberapa bahagian tertentu dan lebih banyak data Khatulistiwa perlu dimasukkan bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat.
Description: Link to publisher's homepage at http://www.myiem.org.my/
URI: http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2010-181.aspx
http://dspace.unimap.edu.my/123456789/13712
ISSN: 0126-513X
Appears in Collections:IEM Journal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
009-017Perbandingan Kandungan 5pp.pdf937.17 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.