Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/10392
Title: Aplikasi konsep Library 2.0 dalam perkhidmatan dan pengurusan sumber maklumat elektronik
Authors: Salleh Hudin, Mustafa
Nurnasran, Puteh
Keywords: Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia (SKSEM) 2010
Library 2.0
Sumber elektronik
Perpustakaan
Katalog
OPAC
Web 2.0
Teknologi maklumat
Internet
Sistem Komputer Perpustakaan
Issue Date: 20-Dec-2010
Publisher: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Citation: p.1-11
Series/Report no.: Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia (SKSEM) 2010
Abstract: OPAC merupakan perkhidmatan tradisi perpustakaan yang mengamalkan pendekatan komunikasi sehala. Begitu juga dengan perkhidmatan sumber maklumat elektronik yang ditawarkan oleh kebanyakan pembekal pangkalan data maklumat elektronik. Kertas ini akan membincangkan secara ringkas konsep dan aplikasi Web 2.0 dan Library 2.0 meliputi definisi, teknologi yang digunakan dan beberapa laman web yang mengaplikasikan konsep Web 2.0. Perpustakaan konvensional mengamalkan komunikasi maklumat sehala berbanding dengan konsep Library 2.0 yang menitikberatkan komunikasi maklumat berbagai hala. Library 2.0 memberikan keutamaan kepada pengguna perpustakaan untuk menyumbangkan pengalaman dan pandangan mereka terhadap koleksi dan perkhidmatan perpustakaan. Library 2.0 bolehlah dikatakan perkhidmatan perpustakaan dari perspektif pengguna dan boleh menarik minat pengguna untuk memperkayakan sumber maklumat. ‘Enhanced OPAC’ juga dikenali OPAC 2.0 melibatkan perlaksanaan fungsi baru dalam sistem pencari maklumat, penggunaan teknologi terkini untuk pertukaran data, kandungan tambahan yang memberi penerangan lanjut berhubung dengan bahan dalam koleksi perpustakaan, berupaya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga dan penggunaan aplikasi Web 2.0. Pengguna akan memperolehi maklumat yang lebih terperinci berkaitan bahan dalam koleksi perpustakaan dan juga boleh menyumbangkan pandangan mereka terhadap koleksi perpustakaan di masa hadapan. Kertas ini menerangkan konsep dan kaedah mengaplikasikan konsep Library 2.0 untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan OPAC dan memuaskan keperluan pengguna terutamanya generasi kini yang dikenali ‘Net Generation’.
Description: Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia (SKSEM) 2010 dianjurkan oleh Perpustakaan, Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Malaysian Online E-Resources (MOLEC) dan sokongan padu Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara bertempat di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang pada 20 - 21 Disember 2010.
URI: http://dspace.unimap.edu.my/123456789/10392
Appears in Collections:Conference Papers

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Aplikasi konsep Library 2.0 dalam perkhidmatan.pdf226.78 kBAdobe PDFView/Open
salleh huddin.pdf458.04 kBAdobe PDFView/Open


Items in UniMAP Library Digital Repository are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.