Ungkapan darjah penghabisan dalam kalangan penutur dialek Kedah berdasarkan kategori umur
View/ Open
Date
2022Author
Hishamudin, Isam
Faizah, Ahmad
Yusniza, Yaakub
Metadata
Show full item recordAbstract
Kajian ini membandingkan penggunaan ungkapan darjah penghabisan yang digunakan oleh penutur dialek
Kedah berdasarkan kategori umur. Ungkapan darjah penghabisan ialah pernyataan perbandingan yang
paling tinggi hadirnya selepas kata adjektif. Bertepatan dengan sifat bahasa yang dinamik dan luwes, dialek
Kedah juga telah berubah dan berkembang dari segi kosa kata dan istilahnya. Perubahan telah berlaku
akibat pengaruh media yang mendominasi kehidupan masyarakat, khususnya golongan remaja. Kajian
berbentuk kualitatif ini memberi tumpuan terhadap penggunaan ungkapan darjah penghabisan yang
dipadankan dengan kata adjektif oleh Nik Safiah et al. (2018). Responden kajian terdiri daripada 10 orang
remaja luar bandar (Gen Y) dan 10 orang penutur dewasa dialek Kedah yang berumur antara 40 hingga 45
tahun (the baby boomers). Responden dikehendaki menjawab soal selidik tentang padanan kata adjektif
dan ungkapan darjah penghabisan yang diketahui dan digunakan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan penggunaan ungkapan darjah penghabisan antara Gen Y
dan kelompok the baby boomers yang mana ungkapan darjah penghabisan untuk golongan the baby
boomers lebih rencam sifatnya, berbanding remaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga persamaan
penggunaan kosa kata oleh kedua-dua kelompok responden ini. Dapatan kajian diharap dapat
memaparkan pola terkini penggunaan ungkapan darjah penghabisan dialek Kedah, di samping menambah
khazanah kosa kata bahasa Melayu.