Siri’ dan Pesse’: pembentuk nilai dan identiti Melayu Bugis
Date
2021Author
M. Hasyim, Mustamin
Makmur, Haji Harun
Mohd. Kasturi Nor, Abd Aziz
Metadata
Show full item recordAbstract
Kejayaan dan keberhasilan orang Bugis yang bermigrasi ketika dahulu ke Tanah Melayu tidak dapat dipisahkan dengan tampilan sifat khasnya yang ditopang oleh nilai dan identiti budaya yang diwarisinya, sama ada secara individu mahupun kelompok (kolektif). Nilai dan identiti Bugis tersebut adalah Siri’ dan Pesse’ yang menjadi pandangan hidup dan amalan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup orang Bugis dianggap semakin luntur dan kurang difahami hari ini oleh masyarakat yang berketurunan Bugis disebabkan oleh perubahan sosial yang berlaku. Proses asimilasi budaya dan globalisasi yang begitu hebat memberi cabaran tersendiri terhadap nilai-nilai, adat dan tradisi yang difahami dalam masyarakat berketurunan Bugis terutama yang hidup di perantauan. Ekoran daripada situasi tersebut, ramai kalangan Melayu berketurunan Bugis hanya dapat mengenal dirinya sebagai berketurunan Bugis namun tiada memahami dan mendapatkan pendedahan konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup mereka. Justeru itu, kertas kerja kerja ini bertujuan untuk mengesan dan mendedahkan semula konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai pembentuk nilai dan identiti di kalangan masyarakat Bugis.