Pembelajaran Bahasa Arab berasaskan sistem jadual: pengalaman di Management and Science University
Abstract
Meskipun bahasa Arab di Management and Science University (MSU) telah ditawarkan sejak tahun 1996, namun masih belum ada kajian khusus berkaitan proses pembelajaran bahasa Arab lantaran tiada keperluan yang mendesak seperti pada hari ini iaitu permintaan yang tinggi daripada para pelajar untuk mengambil subjek bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Ini adalah kerana bahasa Arab telah menjadi pilihan ramai para pelajar khususnya mereka yang menganggap bahasa Arab sebagai satu keperluan komunikasi yang penting pada hari ini. Maka, melalui kajian ini, pengkaji cuba melihat proses pembelajaran bahasa Arab dengan menggunakan sistem jadual di MSU dengan menggunakan sukatan yang diajar oleh pengkaji sendiri selaku pensyarah bahasa Arab. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji sepanjang mengajar subjek bahasa Arab di MSU sejak tahun 2016. Berdasarkan kajian-kajian yang dikumpul, pengkaji mendapati bahawa sistem jadual merupakan antara kaedah pembelajaran bahasa yang lebih mudah dan ringkas khususnya untuk mempelajari bahasa asing seperti bahasa Arab. Pembelajaran berasaskan sistem jadual juga termasuk dalam kategori pembelajaran melalui aktiviti seperti yang dicadangkan oleh sarjana bahasa dan linguistik sebagai kaedah pembelajaran abad ke-21.