Hubungan antara kecerdasan sosial dan kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja: Satu kajian rintis
View/ Open
Date
2021Author
Zaine, Zulkifli
Intan Hashimah, Mohd Hashim
Mahathir, Yahaya
Metadata
Show full item recordAbstract
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan sosial dan kecerdasan spiritual dengan kepuasan kerja. Kajian rintis ini melibatkan 40 orang guru sekolah menengah di negeri Pahang. Terdapat tiga instrumen yang telah digunakan daam kajian ini iaitu Skala Kecerdasan Sosial Tromso (TSIS), Skala Intergrasi Kecerdasan Spiritual (ISIS), dan Skala Kepuasan Minnesota (MSQ). Data dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 14.0. Ujian korelasi Spearman rho telah digunakan untuk menjawab objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan kecerdasan sosial dan kecerdasan spiritual mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan kepuasan kerja. Perbincangan dan kesimpulan kajian turut dikemukakan.