Memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan : kajian kes di UniMAP
Date
2007Author
Noor Asliza, Abdul Rahim
Noormaizatul Akmar, Ishak
Hanif Suhairi, Abu Bakar
Metadata
Show full item recordAbstract
Universiti Malaysia Perlis yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) merupakan sebuah universiti yang hanya memberi fokus terhadap bidang kejuruteraan. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) banyak menitikberatkan penggunaan Bahasa
Inggeris secara sepenuhnya khususnya dalam kursus-kursus teras universiti. Namun bagi
kursus-kursus wajib universiti pula adalah digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris. Hal
ini secara tidak langsung memperlihatkan kedudukan Bahasa Melayu di dalam proses
P&P agak terpinggir. Walaupun dalam jangka masa pendek senario ini dilihat tidak
begitu membimbangkan, namun jika keadaan ini berterusan kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi mungkin akan tergugat. Jadi sebagai pengamal komunikasi yang
menitikberatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, adalah menjadi tanggungjawab untuk mencadangkan satu mekanisme bagi memperkasa bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan.