• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Proses kreatif penulisan cerpen: satu tinjauan merentas generasi

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (513.8Kb)
    Date
    2019
    Author
    Norshah Aizat, Shuaib
    Juliana, Ahmad
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Proses kreatif merupakan sesuatu yang unik dan kekal menjadi rahsia seorang penulis. Proses ini selalunya tidak dapat diketahui oleh pembaca, melainkan diterangkan oleh penulis sendiri. Dalam kajian ini, proses kreatif penulis-penulis cerpen daripada generasi berbeza iaitu penulis dekad 50-an (ditulis sebagai generasi terdahulu) dan kini telah dibandingkan menerusi kajian teks berkenaan proses kreatif dan temu bual. Skop perbincangan telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu peluang untuk berkarya, hubungan dengan unsur alam dan perkembangan teknologi. Kajian ini mendapati, peluang berkarya untuk penulis terdahulu lebih terbatas atas faktor media arus perdana untuk menyiarkan karya agak terhad. Dari aspek hubungan unsur alam, penulis terdahulu dilihat lebih banyak mengetengahkan unsur alam dalam karya-karya mereka. Hal ini kerana penulis masa kini tidak begitu terdedah dengan unsur alam dalam kehidupan seharian, jika dibandingkan dengan penulis terdahulu. Perkembangan teknologi pula telah menyaksikan lambakan karya penulis muda atau masa kini dalam pelbagai platform, terutamanya dalam media sosial. Penulis masa kini lebih akrab dengan media-media digital yang lebih bebas dan tidak mempunyai tahap saringan atau penilaian editor yang begitu teliti. Secara keseluruhan, proses kreatif seseorang penulis didapati berubah dengan jelas merentas generasi, selari dengan perkembangan teknologi. Perubahan proses kreatif ini mempengaruhi isu-isu yang disampaikan penulis dalam karya, gaya bahasa dan kualiti penulisan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69126
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback