UniMAP lancar tabung COVID-19, dana permulaan RM100,000
Abstract
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melancarkan Tabung Bantuan Bencana Covid-19 (TBBC) khusus untuk menggalakkan warganya sama-sama membantu menghulurkan sumbangan dalam pengurusan bencana terutama dalam tempoh arahan kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini. Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, buat permulaan, pengurusan universiti telah bersetuju untuk memperuntukkan dana RM100,000 bagi menggerakkan tabung tersebut sebelum dipanjangkan kepada seluruh warga UniMAP dan orang ramai yang berminat.
Collections
- UniMAP Press Release [605]