COVID 19 : Anggap kekal di kampus sebagai pengorbanan
Abstract
Penuntut yang diwajibkan terus tinggal di universiti masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini harus menganggap ia sebagai pengorbanan dalam perjuangan memerangi coronavirus (COVID-19). Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Muhammad Haziq Azfar Ishak, berkata pihaknya memahami kehendak penuntut yang mahu bersama keluarga khususnya sempena kedatangan bulan Ramadan, namun mereka harus ingat bahawa komuniti manusia mempunyai kepentingan lebih besar iaitu menyelamatkan nyawa dengan memutuskan rantaian COVID-19.
Collections
- UniMAP Press Release [605]