COVID 19 : Universiti kena jaga kesihatan mental pelajar
Abstract
Isu berkaitan kesihatan mental pelajar yang diarah terus kekal di kampus kediaman sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir menjadi agenda utama pihak universiti awam (UA) bagi memastikan mereka tidak tertekan sepanjang tempoh itu. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan, berkata pihaknya menyedari tekanan penuntut mungkin lebih tinggi berbanding dua fasa PKP sebelum ini kerana pastinya menjadi keinginan penuntut untuk pulang bersama keluarga khususnya sempena kedatangan Ramadan.
Collections
- UniMAP Press Release [605]