Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia Disember 2017
Abstract
Nilai jualan sektor Pembuatan pada Disember 2017 terus mencatatkan peningkatan kukuh 9.4 peratus dengan nilai jualan
RM67.3 bilion berbanding RM61.5 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.
Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Disember 2017 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua subsektor
terutamanya kumpulan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (9.3%), Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik (12.5%)
dan Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas dan Produk Logam yang Direka (6.8%). Ketiga-tiga subsektor ini menyumbang
80.5 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan.