Pendekatan Taqlid dalam Pengiraan Zakat Padi: Tinjauan di Daerah Pendang, Kedah
Abstract
Zakat tanaman adalah merupakan salah satu daripada jenis-jenis harta
yang diwajibkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat yang telah
ditentukan oleh syarak. Tanaman padi adalah tergolong dalam jenis
tanaman yang wajib dikeluarkan zakat apabila hasil yang diperoleh itu
mencapai nisab yang telah ditetapkan oleh syarak. Proses evolusi serta
kemasukan teknologi moden yang berlaku dalam bidang pertanian
berjaya mempertingkatkan hasil tanaman padi terutamanya yang
melibatkan projek penanaman padi secara perladangan. Kos modal
yang digunakan oleh para petani turut meningkat. Kajian ini
berbentuk sosio-perundangan, iaitu satu kaedah penyelidikan yang
menyatukan dua bidang utama dalam penyelidikan, iaitu sains sosial
dan undang-undang khusus polisi, dan peraturan. Oleh kerana
undang-undang dibentuk sebagai mekanisme untuk mengurus hal
ehwal dan konflik yang timbul dalam masyarakat sosial, undangundang
mempunyai hubungan yang rapat dan sukar dipisahkan
dengan masyarakat. Artikel ini juga akan menghuraikan kaedah taqlid
dalam pengiraan zakat padi melalui tinjauan amalan di Pendang,
Kedah. Persoalan berkaitan sejauh mana kaedah pengiraan semasa
masih relevan diteruskan atau memerlukan kepada pemakaian kaedah
lain yang sedia ada berdasarkan kepada mazhab-mazhab lain yang
diiktiraf oleh syarak. Perbincangan bertujuan untuk melihat
kesesuaian kaedah untuk diterima pakai dan tidak sekali-kali bertujuan
mengetepikan hukum Fiqh yang sedia dipraktikkan, sebaliknya
mencari penyelesaian demi untuk kemaslahatan bersama khususnya
kepada para petani muslim serta memenuhi maqasid dan falsafah
pensyariatan Zakat.