Lima Tahap Penguasaan Ilmu Nahu dalam Kalangan Guru- Guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Date
2016Author
Hazrul Affendi, Mohmad Razali
Zamri Arifin
Hakim Zainal
Mohd. Nizho, Abdul Rahman
Shuhairimi Abdullah
Metadata
Show full item recordAbstract
2009 hingga 2015 menunjukkan bahawa peratus pelajar yang tidak layak
menerima sijil STAM tidak pernah kurang daripada 32%. Manakala dapatan
kajian terdahulu berkaitan dengan mata pelajaran dalam bidang bahasa Arab
STAM pula menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar berada pada
tahap lemah. Penguasaan bahasa Arab dalam kalangan guru merupakan
antara faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Penguasaan bahasa
Arab bermaksud keupayaan menguasai komponen yang membentuk bahasa
tersebut. Antara komponen yang membentuk bahasa Arab adalah peraturan
bahasa. Peraturan bahasa pula dibahaskan dalam ilmu Nahu. Kajian ini
merupakan kajian rintis yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap
penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM. Di samping itu,
kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis instrumen yang digunakan dan
menilai kesahan dan kebolehpercayaan item instrumen kajian. Kajian ini
melibatkan seramai 26 orang responden daripada Sekolah Menengah
Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di negeri Perak. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan satu set ujian tahap
penguasaan ilmu Nahu. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan ilmu
Nahu dalam kalangan guru-guru STAM hanyalah berada pada tahap
memuaskan. Manakala indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item yang
diperolehi melalui analisis item ujian pula telah menunjukkan bahawa semua
item dapat digunakan dalam kajian sebenar. Kesahan set ujian tahap
penguasaan ilmu Nahu diperolehi daripada dua orang pakar penilai melalui
kesahan muka dan kesahan kandungan. Kebolehpercayaan item ujian yang
diukur menggunakan formula Kuder-Richardson (KR-20) pula telah
memperoleh nilai 0.894. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan item dan
ketekalan dalaman set ujian adalah tinggi dan sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa wujud keperluan
untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan
guru-guru STAM dan juga keperluan melaksanakan kajian yang melibatkan
responden yang lebih ramai.