Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi: satu analisis
Abstract
Isu bahasa Melayu dalam zaman globalisasi terus menjadi topik perbincangan dan sering dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, hampir semua negara maju telah meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang menjadi pra syarat penguasaan ilmu di peringkat pengajian tinggi. Tambahan lagi, dalam bidang sains dan teknologi, bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa yang mendominasi ilmu-ilmu yang bersifat teknikal. Artikel ini cenderung untuk membincangkan pandangan para sarjana berkaitan kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menganalisis pandangan tersebut untuk mendapat satu rumusan yang konkrit berdasarkan kepada kajian kepepustakaan. Oleh yang demikian, didapati usaha untuk meningkatkan penguasaan bidang sains dan teknologi tidak sepatutnya mematikan kelestarian fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu khususnya di peringkat pengajian tinggi.