Konsep kerja berpasukan dalam kalangan usahawan Al- Wahida Marketing: satu kajian penerokaan
Abstract
Kajian ini memfokuskan isu berkaitan pengurusan yang melibatkan konsep kerja berpasukan menurut pandangan sarjana konvensional dan Islam. Justeru bagi memenuhi maksud kajian, maka metodologi kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Hasil kajian mendapati tiga elemen utama yang menyumbang kepada konsep kerja berpasukan, iaitu kepercayaan, perkongsian dan komitmen. Selain itu,
ia adalah pemangkin kepada konsep kerja berpasukan di samping elemenelemen yang lain. Bagi melihat kepada realiti sebenar konsep kerja berpasukan yang dipraktikkan oleh usahawan, maka sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai usahawan yang berjaya memasarkan produk syarikat melalui konsep kerja berpasukan dijadikan sampel kajian. Sampel kajian yang dilakukan adalah melibatkan 144 orang usahawan yang pernah mendapat anugerah daripada Syarikat HPA. Responden yang dipilih adalah melibatkan mereka yang berpangkat dan usahawan biasa dalam al-Wahida di seluruh Malaysia. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian juga menjelaskan konsep kerja berpasukan terbentuk dari ketiga-tiga elemen yang dimaksudkan pada tahap yang tinggi (Min=4.23, S.Piawai=0.31).