Show simple item record

dc.contributor.authorHussin, Huzili
dc.contributor.authorOthman, Mohamad Hashim
dc.date.accessioned2016-05-25T02:15:12Z
dc.date.available2016-05-25T02:15:12Z
dc.date.issued2014
dc.identifier.citationJournal of Human Development and Communication (JoHDEC), vol3 (Special Issue), 2014, pages 47-65en_US
dc.identifier.issn2289-2702
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/41642
dc.descriptionLink to publisher's homepage at http://johdec.unimap.edu.myen_US
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan intervensi terapi kelompok Tingkah Laku Kognitif Standard [CBT(S)] dengan terapi kelompok Tingkah Laku Kognitif Brief [CBT(B)] bagi kategori umur terhadap skor min estim kendiri (EK) dalam kalangan penagih dadah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi ekperimen yang melibatkan dua kumpulan rawatan [CBT(S) & CBT(B)] dan satu kelompok kawalan (KW) serta empat ujian berulangan iaitu; ujian Pra, Pos 1, Pos 2 dan Pos 3. Seramai 108 penagih dadah telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel kajian dikategorikan kepada tiga kategori umur, iaitu (a) 19 hingga 29 tahun (n = 34); (b) 30 hingga 39 tahun (n = 43); dan (c) 40 hingga 60 tahun (n = 31). Data dikumpul dengan menggunakan instrumen psikomatriks yang standard iaitu; Internal Control Index (Patricia Duttweiler, 1984) dan The Rosenberg Self-Esteem Scale. Analisis deskriptif (min, peratus min dan sisihan piawai) dijalankan untuk melihat perbezaan skor min EK bagi ketiga-tiga kategori umur. Hasil analisis didapati intervensi CBT terhadap kelompok rawatan CBT(S) dan CBT(B) telah berjaya meningkatkan skor min EK berbanding dengan kelompok KW merentasi masa ujian bagi ketiga-tiga kategori umur. Daripada segi perbandingan peningkatan skor min EK, didapati intervensi CBT bagi kelompok rawatan CBT(S) menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan kelompok rawatan CBT(B). Keberkesanan intervensi CBT terhadap kedua-dua kelompok CBT(S) dan CBT(B) bagi ketiga-tiga kategori umur juga ditunjukkan menerusi peningkatan pola perubahan skor min EK pada ujian Pos 1 berbanding ujian Pra, peningkatan ujian Pos 2 berbanding dengan ujian Pos 1 dan peningkatan ujian Pos 3 berbanding dengan ujian Pos 2. Secara keseluruhannya, didapati intervensi kelompok rawatan CBT(S) dan CBT(B) dapat meningkatkan min skor estim kendiri bagi ketiga-tiga kategori umur penagih dadah.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherCenter for Communication Technology And Human Development (UniMAP)en_US
dc.subjectIntervensien_US
dc.subjectTerapien_US
dc.subjectPenagih dadahen_US
dc.titleKesan Intervensi terapi kelompok tingkah laku kognitif bagi kategori umur terhadap estim kendiri penagih dadahen_US
dc.typeArticleen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record