Kajian perbandingan ram lengkung dan ram rata bagi pemusar udara aliran jejarian dalam mengurangkan emisi
Date
2005-12Author
Mohammad Nazri, Mohd Jaafar
Ismail, Samat
Muhamed Shukri, Abdul Mookmin
Metadata
Show full item recordAbstract
Enjin turbin gas digunakan secara meluas sama ada dalam bidang industri atau penerbangan. Kecekapan enjin merupakan
salah satu kriteria dalam pemilihan enjin yang baik. Pembakar adalah antara komponen penting dalam enjin turbin gas yang
selalu diberi perhatian dalam kajian oleh penyelidik. Pembakar yang baik dapat menghasilkan pembakaran yang sempurna
dengan kadar bahan cemar yang minimum. Ini dapat dicapai dengan menggunakan pemusar udara. Melalui kajian ini,
ujikaji dilakukan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi pemusar udara ram lengkung ke atas ram rata dalam mengurangkan
emisi. Ujian pembakaran yang dilakukan melibatkan pemusar ram lengkung dan ram rata dengan sudut pesongan ram yang
berlainan. Tahap penghasilan bahan cemar diukur dan dibandingkan bagi kedua–dua jenis ram, lengkung dan rata.
Keputusan yang diperolehi menunjukkan rekabentuk ram lengkung menghasilkan bahan cemar yang lebih rendah berbanding
dengan ram rata. Pengurangan sebanyak 36%, 67% dan 67% dalam emisi NO , CO dan SO masing-masing telah dicapai
dengan menggunakan ram lengkung berbanding dengan ram rata. Kesemua ini dicapai pada sudut pesongan ram 60 o
URI
http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2005-176.aspxhttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/13663
Collections
- IEM Journal [310]