Pelaksanaan kajian gerak dan masa dalam industri pembuatan di Malaysia
View/ Open
Date
2007-03Author
Mardina, Abdullah, Dr.
Md. Yusoff, Jamaluddin, Assoc. Prof. Dr.
Lee, Hsien Nien
Metadata
Show full item recordAbstract
Artikel ini menerangkan tentang pelaksanaan kajian gerak dan masa dalam industri pembuatan berdasarkan soal selidik yang
dijalankan terhadap beberapa syarikat asing dan tempatan di Malaysia. Kajian gerak dan masa ini menekankan kepada gerak
pekerja secara insani serta elemen masa yang terpenting iaitu masa piawaian. Kajian ini dimulakan dengan memahami secara
mendalam mengenai asas, sejarah, keperluan-keperluan, langkah-langkah pelaksanaan, sistem serta kaedah kajian gerak dan
masa. Perhatian telah ditumpukan khusus kepada langkah-langkah pelaksanaan serta isu-isu yang dihadapi sepanjang
pelaksanaan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 9 peratus daripada syarikat pembuatan tersebut yang
menggunakan teknik kajian gerak dan masa, walaupun kaedah ini merupakan satu kaedah yang efektif dan berpotensi untuk
meningkatkan produktiviti serta memajukan syarikat pembuatan tersebut memenuhi tujuan utama pelaksanaan kajian gerak
dan masa. Hampir 99 peratus dipelopori oleh syarikat asing dan hanya satu peratus dari syarikat tempatan.
URI
http://myiem.org.my/content/iem_journal_2007-178.aspxhttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/13619
Collections
- IEM Journal [310]