dc.contributor.author | Andanastuti, Muchtar, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | S. M., Tasirin | |
dc.contributor.author | S.R.S., Abdullah | |
dc.date.accessioned | 2011-08-12T12:26:28Z | |
dc.date.available | 2011-08-12T12:26:28Z | |
dc.date.issued | 2005-03 | |
dc.identifier.citation | The Journal of the Institution of Engineers, Malaysia, vol. 66(1), 2005, pages 1-5 | en_US |
dc.identifier.issn | 0126-513X | |
dc.identifier.uri | http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2005-176.aspx | |
dc.identifier.uri | http://dspace.unimap.edu.my/123456789/13556 | |
dc.description | Link to publisher's homepage at http://www.myiem.org.my/ | en_US |
dc.description.abstract | Kertas kerja ini membincangkan isu kesan penambahan agen penyerak dalam pencirian saiz zarah oksida seramik dengan
menggunakan kaedah pembelauan cahaya laser. Adalah diketahui umum bahawa zarah seramik terutamanya daripada serbuk
sintetik yang dihasilkan secara kimia dan berada dalam julat saiz di bawah 1 µm atau dikenali sebagai zarah koloid amat mudah
membentuk aglomerat. Kehadiran aglomerat dijangka menyukarkan kerja-kerja pencirian saiz sebenar zarah dalam serbuk kerana
gumpalan aglomerat akan menyebabkan saiz zarah yang diperolehi menjadi jauh lebih besar daripada saiz diskret zarah yang
sebenar. Dalam kajian ini, sejenis agen penyerak komersil, Darvan*7, dikaji keberkesanannya dalam menyerakkan zarah bagi
membolehkan pengukuran saiz diskret zarah yang tepat. Kuantiti agen penyerak yang digunakan adalah dalam julat 0 hingga 4 g/L.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kuantiti berkesan Darvan*7 adalah 2 g/L sekiranya sampel serbuk yang dikaji ialah serbuk
oksida seramik alumina dan zirkonia manakala untuk serbuk magnesia, kuantiti berkesan yang diperolehi ialah 1.2 g/L. Saiz zarah
yang diperolehi melalui teknik pembelauan cahaya laser dibandingkan dengan imej visual yang diperolehi menggunakan mikroskop
elektron imbasan (SEM). Kajian ini mendapati bahawa dalam pencirian saiz zarah serbuk sintetik seramik yang biasa digunakan
dalam fabrikasi komponen seramik termaju, adalah penting untuk mengenalpasti terlebih dahulu kuantiti agen penyerak yang paling
berkesan dalam menyahaglomerat zarah sebelum proses pencirian saiz zarah dapat dilakukan dengan tepat. | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | The Institution of Engineers, Malaysia | en_US |
dc.subject | Pencirian saiz zarah | en_US |
dc.subject | Agen penyerak | en_US |
dc.subject | Oksida seramik | en_US |
dc.subject | Pembelauan cahaya laser | en_US |
dc.title | Kesan kuantiti agen penyerak dalam pencirian saiz zarah oksida seramik menggunakan kaedah pembelauan laser | en_US |
dc.type | Article | en_US |