DSpace
 

iRepository at Perpustakaan UniMAP >
Professional Associations >
IEM Journal >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/13556

Title: Kesan kuantiti agen penyerak dalam pencirian saiz zarah oksida seramik menggunakan kaedah pembelauan laser
Authors: Andanastuti, Muchtar, Prof. Dr.
S. M., Tasirin
S.R.S., Abdullah
Keywords: Pencirian saiz zarah;Agen penyerak;Oksida seramik;Pembelauan cahaya laser
Issue Date: Mar-2005
Publisher: The Institution of Engineers, Malaysia
Citation: The Journal of the Institution of Engineers, Malaysia, vol. 66(1), 2005, pages 1-5
Abstract: Kertas kerja ini membincangkan isu kesan penambahan agen penyerak dalam pencirian saiz zarah oksida seramik dengan menggunakan kaedah pembelauan cahaya laser. Adalah diketahui umum bahawa zarah seramik terutamanya daripada serbuk sintetik yang dihasilkan secara kimia dan berada dalam julat saiz di bawah 1 µm atau dikenali sebagai zarah koloid amat mudah membentuk aglomerat. Kehadiran aglomerat dijangka menyukarkan kerja-kerja pencirian saiz sebenar zarah dalam serbuk kerana gumpalan aglomerat akan menyebabkan saiz zarah yang diperolehi menjadi jauh lebih besar daripada saiz diskret zarah yang sebenar. Dalam kajian ini, sejenis agen penyerak komersil, Darvan*7, dikaji keberkesanannya dalam menyerakkan zarah bagi membolehkan pengukuran saiz diskret zarah yang tepat. Kuantiti agen penyerak yang digunakan adalah dalam julat 0 hingga 4 g/L. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kuantiti berkesan Darvan*7 adalah 2 g/L sekiranya sampel serbuk yang dikaji ialah serbuk oksida seramik alumina dan zirkonia manakala untuk serbuk magnesia, kuantiti berkesan yang diperolehi ialah 1.2 g/L. Saiz zarah yang diperolehi melalui teknik pembelauan cahaya laser dibandingkan dengan imej visual yang diperolehi menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM). Kajian ini mendapati bahawa dalam pencirian saiz zarah serbuk sintetik seramik yang biasa digunakan dalam fabrikasi komponen seramik termaju, adalah penting untuk mengenalpasti terlebih dahulu kuantiti agen penyerak yang paling berkesan dalam menyahaglomerat zarah sebelum proses pencirian saiz zarah dapat dilakukan dengan tepat.
Description: Link to publisher's homepage at http://www.myiem.org.my/
URI: http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2005-176.aspx
http://hdl.handle.net/123456789/13556
ISSN: 0126-513X
Appears in Collections:IEM Journal

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Mac 2005 1-5.pdf681.44 kBAdobe PDFView/Open
View Statistics

Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.

 

Valid XHTML 1.0! Perpustakaan Tuanku syed Faizuddin Putra, Kampus Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis, 02600, Arau Perlis
TEL: +604-9885420 | FAX: +604-9885405 | EMAIL: rujukan@unimap.edu.my Feedback